~Dear readers,i do hope,the tiniest spark bloomed in you..only if more,like a shooting star would be nice..Thanks for passing by~

Sunday, October 05, 2008

Air Mata Di Aidilfitri

Kemuliaan.
Aku rindu padaMU.
Hati resah selalu adalah suatu petanda tiada kesyukuran bukan?
Haih..
mengapa hati sedih ni?
mengapa tidak ketahuan mengapa?
Air Mata,
Datanglah
Lagi lagi di hari raya mulia ini
Tersemat isinya bulan yang meriah
Meriah lah hati ku
Doa ku..

Ku kejar hidup lama
Ku terlepas hari ini
Ku kendong bukit harapan
Ku tersadong tidak kesampaian

Di mana angin berhenti
Hilang wajah arah
Hati resah
Inilah hidupku kini

Di Aidilfitri ku mohon padaMu
Ya Allah,
jatuh lah air mata ku
bersihkan jiwa ku
kembalikan kemuliaan diriku

Senantiasa Ya Allah
ku mahukan ketetapan pendirian
sendirian ku tidak sunyi
malam ku tidak alpa

Ya Allah
Ampunkanlah segala dosa dosa ku
Ku pohon
Merasa nikmat kemuliaanMu
Tekak ku dahaga kan air suci
Hidupkanlah semula jiwa ku

kerana aku sudah lama...mati.